SEORANG gadis gagal melepasi ujian dengan bakal ibu mertua apabila ‘kantoi’ tidak pandai memasak.
Meskipun gadis itu kelihatan yakin untuk menampilkan dirinya sebagai seorang menantu pilihan, namun tipu helah dan sikap berlagak pandainya dapat dihidu oleh bakal ibu mertuanya.
Adegan mencuit hati itu tular di aplikasi Tiktok mengenai seorang gadis kononnya sedang memasak sambil diperhatikan dengan penuh teliti oleh bakal ibu mertuanya termasuk cara penggunaan alat perkakas dapur.
Namun, riak wajah bakal ibu mertuanya itu berubah kepada kecewa apabila gadis itu tanpa rasa bersalah telah menggoreng beberapa biji telur tanpa memecahkannya terlebih dahulu.
Aksi gadis itu yang menggoreng telur mengikut caranya itu nyata mencuit hati netizen dan tambah melucukan apabila dia menuangkan sepeket gula hingga penuh kuali yang digunakan.
Gara-gara tindakan yang tidak tertuga itu, bakal ibu mertuanya terus menutup muka dan mengalihkan pandangan tanda kecewa.
Gelagat ‘masak tak jadi’ gadis itu telah mengundang rasa terhibur rata-rata warganet yang membanjiri ruangan komen dengan komen melucukan.
Selain menyifatkan level memasak begini tidak berbaloi untuk hantaran tinggi, mereka juga berseloroh bahawa gadis itu gugup ketika berhadapan dengan ibu kekasih hati sehingga hilang kewarasan diri.
“Adakah patut goreng telur dengan kulit sekali, tu nak buat telur rebus goreng ke? Memang mad my day hahaha.
“Mesti dia gugup terok ni sampai boleh hilang akal.
“Hancur leburlah hantaran 20K tu, kantoi tak pandai masak. Kahkah.
“Macam ni boleh mintak diskaun kaw kaw untuk hantaran. Nasib baik cantik, takpe nanti lepas kahwin aku hantar dia kursus masak,” antara komen menarik netizen. -Malaysiapost

