Adibah Noor ‘offer diri’ ajar bahasa Inggeris di saluran DidikTv

0
2

Nurul Huda Abhar

SETELAH menerima kecaman hebat selepas membetulkan sebutan perkataan ‘doubt’ seorang menteri, penyanyi dan pelakon Adibah Noor sekali lagi menjadi sebutan kerana ‘memohon’ untuk muncul di DidikTv KPM sebagai pengajar.

Menerusi entri di laman Twitter, Adibah membuat satu ciapan kepada Kementerian Pendidikan (KPM) mengesyorkan dirinya sendiri untuk menjadi salah seorang pengajar yang muncul di saluran televisyen pendidikan tersebut.

“Saya nak offer diri kepada @KemPendidikan, untuk jadi perantara yang ‘mengajar’ bahasa Inggeris kat DidikTv, boleh?,” tulisnya semalam.

Abibah yang mempunyai pengalaman sebagai guru bahasa Inggeris mendapat sokongan positif pengikut di Twitter yang merasakan beliau layak untuk mengajar di saluran televisyen itu.

Ini kerana penyanyi itu biasa berhadapan dengan kamera dan pernah menjadi pengacara beberapa program televisyen.

Malah, seorang pengikut Twitter memberi contoh satu video yang disiarkan di DidikTv yang mana mereka berkata penyampaian guru itu sedikit kaku dan gugup.

“I think the problem is tak biasa guna camera. Tak biasa eye contact dalam video. Dan mugkin a bit malu. Sebab tu kalau macam Adibah Noor, which dah biasa pengacaraan mungkin takde masalah,” tulis Rahimah Yahaya.

“Biar pun apa je orang kutuk, saya sangat berterima kasih kerana banyak yang saya belajar. Dari dulu saya selalu follow Adibah Noor perbetulkan sebutan yang sepatutnya. Setiap kali ada perkataan baru yang dibetulkan, saya akan tunjuk kat anak-anak sy untuk sama-sama belajar,” kata Zaza.

“Saya setuju. Saya kurang gemar bila kak Adibah ajar sebutan yang betul ada yang perlekehkan. Dengan cara ni mungkin diorang boleh buka mata. Btw, saya pun dah boleh sebut perkataan ‘doubt’ dengan betul. Terima kasih!,” tulis Asrul N.

Tidak ketinggalan, mereka juga berpendapat guru-guru yang mengajar di saluran DidikTV perlu mempunyai kretiviti tersendiri untuk memastikan murid-murid cepat memahami pembelajaran yang diajar.

Adibah, 50, aktif di laman sosial TikTok berkongsi ilmu mengenai cara sebutan perkataan Inggeris dengan caranya yang bersahaja.

Sebelum ini satu videonya tular selepas membetulkan sebutan seorang pembaca berita di sebuah saluran televisyen.

Sekali lagi, Adibah menjadi perhatian setelah mengambil inisiatif memperbetulkan sebutan seorang menteri yang dilihat kekok memberi ucapan dalam bahasa Inggeris menerusi satu persidangan secara maya. – Malaysiapost

https://twitter.com/adibahnoor/status/1361923409064587264?s=20

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/02/16/niat-hanya-berkongsi-ilmu-bukan-untuk-memalukan-adibah-noor/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here