14 ditahan sabung ayam ketika PKP

0
1

SUDAHLAH ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), berjudi pula. Itu situasi yang berlaku di Menglembu, Ipoh, semalam.

Seramai 14 lelaki termasuk lima warga emas ditahan polis ketika leka berjudi sabung ayam di sebuah kawasan kebun.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata kesemua suspek berusia 21 hingga 71 tahun ditahan dalam serbuan pada jam 11.45 pagi di kawasan kebun berpagar itu.

Kawasan aktiviti perjudian ayam sabung

Katanya, serbuan dilakukan hasil risikan polis dengan kesemua suspek yang berada di kebun terbabit gagal melarikan diri.

“Siasatan awal mendapati aktiviti sabung ayam di situ sudah berlangsung lima kali dengan pertaruhan antara RM500 hingga RM1,000.

“Ayam itu akan dibiarkan bersabung selama 20 minit untuk satu pusingan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

A Asmadi berkata, dalam operasi itu pihaknya turut merampas wang tunai RM25,078, lima ayam sabung serta sangkar.

Ayam sabung yang dirampas oleh pihak polis

Beliau berkata, permohonan reman akan dibuat hari ini untuk melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

“Kes juga disiasat mengikut Seksyen 3(1) Langkah-langkah Pencegahan dan Penganiayaan Terhadap Binatang 1952 .

“Selain itu, kesemua suspek dikenakan kompaun kerana tidak mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here