Malaysia terima 312,390 dos vaksin Pfizer-BioNTech, 21 Feb ini

0
1

SEBANYAK 312,390 dos vaksin Pfizer-BioNTech Covid-19 akan diterima dalam penghantaran pertama ke Malaysia pada 21 Februari ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata vaksin itu akan diterbangkan melalui penerbangan MASKargo ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Katanya, ia akan diasingkan sebelum dihantar ke pelbagai tempat penyimpanan vaksin di seluruh negara.

“Seperti diumumkan oleh PM@ MuhyiddinYassin, kita akan menerima penghantaran vaksin Pfizer pertama pada 21 Februari.

“Pihak tentera dan polis akan mengawal dan menjamin keselamatan vaksin sejak dari awal hingga ke peringkat akhir,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Khairy berkata, terdapat vaksin lain yang melalui proses kawal selia di bawah Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

“Semoga kita dapat menambahkan vaksin lain pada fasa pertama,” katanya lagi.

Pagi tadi, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika melancarkan Buku Panduan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan berkata bekalan vaksin daripada syarikat Pfizer-BioNTech akan tiba di Malaysia pada 21 Februari ini.

Perdana Menteri berkata, Program Vaksinasi Covid-19 Kebangsaan akan bermula pada 26 Februari dan beliau serta petugas barisan hadapan akan menerima suntikan itu pada hari yang sama.

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan mengandungi tiga fasa iaitu yang.pertama melibatkan petugas barisan hadapan, bermula 26 Februari sehingga April 2021.

Fasa kedua bermula April sehingga Ogos 2021 melibatkan kumpulan berisiko tinggi, manakala fasa ketiga akan melibatkan golongan dewasa berumur 18 tahun ke atas, bermula Mei 2021 sehingga Febuari 2022. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/02/16/vaksin-tiba-21-februari-ini-pm/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here