Buku panduan pelan imunisasi Covid-19 dilancar esok

0
1

BUKU panduan pelan imunisasi Covid-19 dijangka dilancarkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Putrajaya esok.

Pelancaran buku itu dijadualkan pada jam 9.30 pagi dan ia antara persediaan kerajaan menjelang Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang akan dilaksanakan hujung bulan ini.

Pengumuman mengenai pelancaran buku panduan itu dimaklumkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) melalui hantaran di laman Facebook hari ini.

JKJAV turut berkongsi infografik mengenai buku panduan terbabit yang mengandungi penerangan tentang empat komponen utama iaitu:

a. Bekalan vaksin

b. Kumpulan sasaran fasa pemberian vaksin

c. Lokasi dan pelaksanaan Pelan Imunisasi

d. Tenaga kerja pelaksananaan

Jawatankuasa itu turut mengingatkan orang ramai untuk memuat turun aplikasi MySwjahtera untuk maklumat lanjut berhubung pendaftaran bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here