Ustaz Don dapat ‘baby’ boy lagi

0
1

PENDAKWAH bebas, Don Daniyal Don Biyajid dan isterinya Dr Husna Mohd Zahry selamat menimang cahaya mata keempat, petang semalam.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Ustaz Don berkongsi perkhabaran gembira itu menerusi hantaran di laman rasmi Facebooknya.

Beliau berkata, dia dan isterinya kini memiliki empat orang anak lelaki selain menyatakan kesyukuran di atas nikmat yang diberikan oleh Allah SWT.

“Semalam, Allah Taala telah bagi kat kami sekeluarga hadiah. Dalam banyak-banyak hat dok ada (orang), Allah pilih nak bagi kat kami. Syukur amat La Ya Allah…

“Ya Allah, syukur yamat sebab hari ni kami sekeluarga menimang seorang cahaya mata lelaki. Sampai la ni dok rasa percaya tak percaya ni sama banyak. Sungguh aiihh. 11.2.2021 jam 3:25 petang semalam. Kira saya la ni ada 4 orang anak ‘jantan’,” tulisnya.

Ustaz Don berkata, apa yang lebih menggembirakannya adalah persamaan tarikh lahir antara anak sulung dan anak keduanya, manakala anak ketiga dengan bayi yang baru lahir itu.

“Anak sulung dengan nombor dua sama tarikh lahir, 18 Januari 2014 dan 18 Januari 2016.

“Hat baby baru sama dengan abang dia hat nombor 3, iaitu 11 Febuari 2019 abang, Allah.. Ya Rabb,” katanya.

Dalam hantaran sama, Ustaz Don memberi tips kepada ibu bapa diluar sana bagaimana mahu mendapatkan tarikh sama.

“Yang pertama, kehebatan doa, apabila jumpa sesiapa saja minta mereka doakan untuk kita. Kami bila jumpa kami minta tolong doa bagi dapat sama tarikh lahir dengan anak nombor 3.

“Tapi dalam masa sama, kita pun paham, benda bukan senang. Tapi apa salahnya minta orang doa kan? Kan, betui dak? Bila jadi lagu ni, perasan ada la yang tolong doa kat kami ni yang doa dia makbul. Ngam ngam lahir hari ni. Boleh jadi.

“Berkat doa ibu bapa dan mertua, berkat kawan-kawan, berkat doa orang yang dapat nikmat, berkat doa orang soleh dan berkat doa orang yang dizalimi, kami jumpa sapa saja, kami minta tolong doa,” katanya.

Manakala yang kedua, katanya, sentiasa memanjatkan doa kepada Allah SWT untuk memakbulkan hajat kita.

“Ya Allah, kami bersyukur jadi hambaMu. Kami tahu kami banyak dosa. Saya, isteri saya, keluarga saya, ibu bapa dan mertua saya, kawan-kawan saya dan semua kami ni, kami tau kami banyak dosa.

“Dalam masa sama Ya Allah, kami jugak tau bahawa KAMU Ya Allah Maha Pengampun, Maha Mendengar, Maha Kuasa dan Maha Bijaksana,” katanya yang turut mengucapkan terima kasih kepada semua. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here