Suka muatnaik status tidak puas hati? Itu tanda anda ‘berpenyakit’

0
2

PERNAHKAH anda melihat individu di laman sosial yang gemar memuatnaik hantaran atau status yang menyakiti orang lain?

Ataupun video-video yang mengandungi luahan perasaan yang dirasakan sangat sensitif dan tidak perlu dipertontonkan di khalayak ramai.

Perkongsian pendakwah, Ahmad Dusuki Abd Rani di laman sosial TikTok memberitahu, sebenarnya, golongan yang suka meluahkan perasaan atau apa sahaja yang dimuat naik di media sosial yang menggambarkan rasa hatinya itu menunjukkan bahawa mereka sedang ‘berpenyakit’.

“Apatah lagi jika kita menunjukkan diri kita dalam keadaan yang tidak berpuas hati terhadap sesuatu. Ia tidak kiralah sama ada di laman sosial Facebook, Instagram atau TikTok,” katanya dalam video itu.

Beliau menegaskan, ketahuilah, sebagai seorang Mukmin kita diajar supaya meluahkan segala apa yang berlaku kepada Allah SWT.

Ujar beliau, hanya Allah SWT sahaja yang menjadi tempat kita mengadu meskipun dalam urusan kehidupan kita.

“Dalam tadahan doa kita, mintalah kepada ALLAH; ‘Ya Allah bantulah saya, Ya Allah’.

“Jika ada orang yang sakitkan hati kita, kita baca doa supaya Allah sembuhkan kita,” ujarnya.

Ahmad Dusuki berkata, sesungguhnya, hanya kepada Allah SWT sahajalah tempat kita mengadu dan bergantung harap kepada-Nya.

Katanya, andai dirundung masalah atau kesedihan, jangan malu untuk meluahkan apa yang terbuku dalam hati.

“Allah SWT sebaik-baik pendengar. Berdoalah semoga dibukakan jalan untuk kita menyelesaikan apa sahaja yang membelenggu diri dalam urusan duniawi mahupun ukhrawi,” ujarnya. -Malaysiapost

Artikel berkaitan: https://malaysiapost.com.my/2021/02/05/capai-khusyuk-dalam-solat-demi-kejayaan-dunia-akhirat/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here