Covid-19: 14 kluster baharu hari ini

0
1

TERDAPAT 14 kluster baharu yang direkodkan hari ini dan 13 daripadanya melibatkan kluster tempat kerja dan satu kluster komuniti.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam kenyataan berkata, daripada 14 kluster baharu tersebut, lima kluster berlaku di Johor, Perak (3), Selangor (2), dan masing-masing (1) kes di Kuala Lumpur, Kedah, Melaka dan Kelantan.

Perincian 14 kluster baharu yang dikenal pasti pada hari ini adalah:

KLUSTER JALAN SEELONG
Kluster tempat kerja ini melibatkan Kulai di Johor. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 8 Februari lalu hasil saringan bersasar pekerja sebuah syarikat yang terletak di Jalan Seelong, Senai.

Sehingga 12 Februari 2021, sejumlah 568 individu telah disaring, di mana 327 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN PERINDUSTRIAN ELEKTRONIK
Kluster tempat kerja ini melibatkan Kulai, Kota Tinggi, Pontian dan Muar di Johor. Kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 pada 10 Februari lalu hasil saringan bersasar pekerja sebuah kilang yang terletak di Kawasan Perindustrian Senai di Kulai.

Sehingga 12 Februari lalu, seramai 2,190 individu telah disaring, di mana 25 kes dikesan positif Covid-19 bagi kluster ini.

KLUSTER JALAN BESAR PONTIAN
Kluster tempat kerja ini melibatkan Batu Pahat dan Pontian di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-221,817) telah dilaporkan positif Covid-19 pada 2 Februari lalu hasil saringan individu bergejala.

Kluster ini melibatkan pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Pontian, Pontian Besar di Pontian.

Sehingga 12 Februari lalu, seramai 102 individu telah disaring, 64 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

KLUSTER LADANG PEKAN
Kluster tempat kerja ini melibatkan Kluang, Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-244,423) dilaporkan positif Covid-19 pada 8 Februari lalu hasil saringan individu bergejala.

Kluster ini melibatkan pekerja sebuah ladang yang terletak di Ladang Pekan, Layang- Layang, Kluang dan juga kontak rapat kepada kes indeks.

Sehingga 12 Februari lalu, sejumlah 31 individu telah disaring dan 18 kes telah dikesan positif Covid-19.

KLUSTER PERINDUSTRIAN PELEPAS
Kluster tempat kerja ini melibatkan Johor Bahru, Kluang, Kota Tinggi, Mersing, Kulai dan Muar di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-193,139) telah dilaporkan positif Covid-19 pada 27 Januari lalu hasil saringan individu bergejala.

Kluster ini melibatkan pekerja sebuah kilang yang terletak di Kawasan Zon Perindustrian Bebas, Pelabuhan Tanjung Pelepas, Gelang Patah di Johor Bahru.

Sehingga 12 Februari lalu, seramai 506 individu telah disaring dan 32 kes telah dikesan positif Covid-19 bagi kluster ini.

KLUSTER JALAN JELAPANG
Kluster pusat tahanan ini melibatkan Kinta dan Kuala Kangsar, Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-179,533) telah dilaporkan positif Covid-19 pada 23 Januari lalu sebagai kes Influenza–Like Illness.

Kluster ini melibatkan pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Jelapang, Kawasan Perindustrian Taman Meru, Ipoh.

Sehingga 12 Februari 2021, sejumlah 818 individu telah disaring, di mana 24 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN PERUSAHAAN TIGA
Kluster tempat kerja ini melibatkan Larut, Matang, dan Selama serta Kerian di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-218,759) telah dilaporkan positif Covid-19 pada 1 Februari lalu hasil saringan individu bergejala.

Kluster ini melibatkan pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Perusahaan Tiga, Kamunting.

Sehingga 12 Februari lalu, sejumlah 26 individu telah disaring, di mana 21 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

KLUSTER KAMPUNG TELUK
Kluster komuniti ini melibatkan Manjung, Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-234,255) telah dilaporkan positif Covid-19 pada 5 Februari lalu hasil saringan di tempat kerja.

Nama kluster merujuk kepada lokaliti penularan kes yang berlaku iaitu di Kampung Teluk, Ayer Tawar di Manjung.

Sehingga 12 Februari lalu, sejumlah 43 individu telah disaring dan 21 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

KLUSTER TAPAK BINA DAMAR
Kluster tempat kerja ini melibatkan Sepang di Selangor dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 pada 12 Februari lalu hasil saringan bersasar pekerja tapak bina yang menetap di Kampung Bukit Damar, Dengkil di Sepang.

Sehingga 12 Februari lalu, seramai 701 individu telah disaring, 64 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

KLUSTER TAMAN INDUSTRI
Kluster tempat kerja ini melibatkan Petaling dan Kuala Selangor di Selangor. Kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif Covid-19 pada 12 Februari lalu hasil saringan bersasar pekerja sebuah kilang yang terletak di Taman Industri Sungai Buloh.

Sehingga 12 Februari lalu, sejumlah 278 individu telah disaring, 16 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

KLUSTER TAPAK BINA PANTAI DALAM
Kluster tempat kerja ini melibatkan Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 pada 12 Februari lalu hasil saringan bersasar pekerja sebuah tapak bina yang terletak di Pantai Dalam, Lembah Pantai.

Sehingga 12 Februari lalu, sejumlah 265 individu telah disaring, 94 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

KLUSTER SELAMBAU
Kluster tempat kerja ini melibatkan Kuala Muda, Kedah. Kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif Covid-19 pada 12 Februari lalu hasil saringan bersasar pekerja kilang yang menetap di Bukit Selambau, Mukim Teloi Kiri, Kuala Muda.

Sehingga 12 Februari lalu, sejumlah 247 individu telah disaring dan 136 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

KLUSTER TEKNOLOGI BERENDAM
Kluster tempat kerja ini melibatkan Melaka Tengah, Jasin, dan Alor Gajah di Melaka; Tampin di Negeri Sembilan; Sepang di Selangor serta Tangkak di Johor.

Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 pada 12 Februari lalu hasil saringan bersasar pekerja sebuah kilang yang terletak di Zon Perdagangan Bebas, Batu Berendam, Melaka Tengah.

Sehingga 12 Februari lalu, sejumlah 1,241 individu telah disaring, 41 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

KLUSTER PANGKAL CHANGGONG
Kluster tempat kerja ini melibatkan Machang, Pasir Puteh dan Tanah Merah di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-251,555) telah dilaporkan positif Covid-19 pada 10 Februari lalu hasil saringan individu bergejala.

Kluster ini melibatkan sebuah pusat pengajian yang terletak di Kampung Pangkal Changgong, Jalan Tanah Merah Lama, Machang.

Sehingga 12 Februari lalu, sejumlah 57 individu telah disaring, di mana 14 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here