3,318 kes baharu Covid-19, kematian hampir cecah 1,000

0
1
grafik

Nurul Huda Abhar

JUMLAH kematian akibat virus Covid-19 di Malaysia kini hampir mencecah 1,000 dengan pertambahan 17 lagi kematian pada hari ini, menjadikan keseluruhan sebanyak 953 kes.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam kenyataan berkata, sebanyak 3,318 kes baharu dicatatkan hari ini, di mana jumlah kes keseluruhan adalah 258,306.

Daripada jumlah kes baharu hari ini, 3,311 adalah kes tempatan manakala tujuh lagi adalah kes import.

Selain itu, jumlah kes aktif di Malaysia menurun kepada 51,579 berbanding 51,783 kes semalam.

Selangor masih mencatatkan kes tertinggi catatan kes baharu iaitu 1,214 kes, diikuti Johor (742), Kuala Lumpur (374) dan Kedah (188).

Sementara itu, sehingga kini kes yang masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebanyak 258, manakala kes yang memerlukan bantuan alat pernafasan sebanyak 119. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here