Ganti vaksin baharu jika yang awal tidak mujarab – Khairy

0
1

PERJANJIAN bekalan vaksin antara kerajaan dengan syarikat pengeluarnya Pfizer, membolehkan Malaysia mendapat bekalan baharu jika vaksin Covid-19 yang diterima tidak berkesan. 
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata, jaminan itu terkandung dalam perjanjian bekalan vaksin yang ditandatangani kerajaan bersama syarikat pengeluar.
Menurutnya, jaminan bekalan vaksin baharu itu juga bagi memastikan ia berkesan terhadap sebarang mutasi wabak berkenaan, selain tidak memperuntuk sebarang bayaran tambahan yang perlu dijelaskan kepada pengeluar.
“Pfizer contohnya, syarikat pengeluar beri jaminan bahawa ia berkesan kepada varian baharu yang dilaporkan menular di beberapa negara.
“Kalau tidak berkesan, mereka hanya perlukan enam minggu untuk buat perubahan kepada formula vaksin supaya mampu menangani jangkitan daripada mutasi baharu,” katanya dalam program yang disiarkan di Bernama TV, hari ini. 
Menurut Khairy, suntikan imunisasi jenis Pfizer yang pertama akan diberi kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menanam keyakinan dalam kalangan masyarakat mengenai keberkesanan dan keselamatan vaksin.
“Senarai penerima lain program imunisasi kebangsaan yang juga sudah ditentukan.
“Mungkin orang kedua ialah Ketua Pengarah Kesihatan (Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah), doktor dan jururawat yang berada di barisan hadapan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here