Pegawai menteri/kementerian ugut media?

0
1

PEGAWAI menteri di sebuah kementerian didakwa membuat ugutan kepada pihak media bagi menghalang kebebasan media.

Perkara itu didedahkan Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacob yang meluahkan rasa tidak puas hati berhubung ugutan itu.

“Rupanya pada tahun 2021 pun masih ada pegawai menteri/kementerian yang berotak bingai, siap boleh ugut media untuk batalkan kontrak iklan dari kementerian tempat dia bertugas jika media beri ruangan kepada sipolan & sipolan.

“Siap ugut nak boikot lagi. Ingat boleh tongkat langit ke?” katanya dalam satu ciapan di Twitternya hari ini.

Menurutnya, kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini tidak pernah membuat ugutan sedemikian walaupun tidak bersetuju dengan pendirian mana-mana media.

“Kami buat akhbar bebas (Watan/ Eksklusif/ Sinar Harian) sejak tahun 80-an lagi. BN/PH pun tak berapa suka dengan pendirian kami, tapi mereka tak pernah ugut malah siap engaged kami.

“Hubungan kekal mesra, walaupun ‘benci tapi rindu’. Geng baru ni lain macam pula. TSMY (Tan Sri Muhyiddin Yassin) kena tengok-tengok juga,” katanya.

Sementara itu, Hussammuddin enggan menjelaskan secara terperinci mengenai ugutan itu setelah dihubungi Malaysiakini.

Bagaimanapun, beliau berkata laporan berita tidak sepatutnya menjadi alasan untuk menamatkan kontrak sesuatu iklan kerana ia dua perkara berbeza.

“Jika iklan yang disiarkan tidak ikut spesifikasi perjanjian, bolehlah pertikaikan.

“Media harus bebas menyiarkan berita selagi tidak menggangu ketenteraman awam dan tidak menghina raja dan agama atau boleh menyemarakkan api perkauman. Juga tidak fitnah,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here