Syuk hantar rombongan meminang

0
1

BARU sahaja reda kontroversi yang melanda, penyampai radio, Shuk Sahar tidak menunggu lama apabila tampil mengejutkan isterinya sekali lagi untuk memohon kebenaran berkahwin.

Shuk atau nama sebenar Mohammad Shukri Mohamed Sahar itu dilihat bertandang ke rumah keluarga isterinya lengkap dengan persalinan baju pengantin.

Lebih menarik, Menerusi live Instagram miliknya, Shuk bukan saja segak berbusana pengantin, malah diringi kumpulan seperti rombongan meminang untuk menemui isteri, Rossalennah Natassyiah Asshaferah.

Suasana tiba-tiba menjadi panik dan masing-masing yang berada bersama Rossalennah turut terkejut dengan kehadiran rombongan Shuk, terutama apabila dia meminta izin untuk berkahwin.

Namun, keadaan kembali tenang apabila mengetahui niat sebenar penyampai radio Hot FM itu yang bukan mahu meminta keizinan daripada Rossalennah berkahwin lain, sebaliknya Shuk mahu pulang ke rumah dan bertemu isterinya.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Shuk memuat naik status daripada mereka yang mendoakan rumah tangganya kembali pulih serta pelawak itu diberi kekuatan dan kesabaran untuk memujuk hati isterinya.

Tinjauan di ruangan komen di instagram Shuk, rata-rata netizen memuji usaha Shuk yang bagai meminang isterinya buat kali kedua.

Malah ramai netizen mendoakan kesejahteraan rumah tangga Shuk dan isteri serta menasihatkan mereka berdua supaya ‘buang air yang keruh dan ambil air yang jernih’ demi anak-anak.

Beberapa minggu lalu hangat kontroversi apabila Radsalennah membongkar kisah kecurangan suaminya di media sosial.

Tempias kontoversi itu turut terpalit terhadap kerjaya Shuk yang digantung sementara oleh majikannya sebagai penyampai radio. – Malaysiapost


Artikel berkaitan:

  1. https://malaysiapost.com.my/2021/01/28/shuk-lepas-rindu-pada-anak/
  2. https://malaysiapost.com.my/2021/01/25/hot-fm-gantung-shuk-sahar-sementara/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here