Status i-Sinar lulus? KWSP maklum berlaku kesilapan teknikal

0
1

KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memaklumkan pihaknya menghadapi masalah teknikal bagi paparan status permohonan kemudahan i-Sinar.

Kenyataan tersebut menyusul beberapa jam selepas kebanyakan permohonan i-Sinar kategori 2 dilaporkan telah lulus selepas membuat semakan bermula semalam.

KWSP dalam kenyataan di laman Instagram dan Facebook tengah malam tadi memohon maaf atas kesulitan yang berlaku.

“KWSP ingin memohon maaf atas kesulitan kerana terdapat masalah teknikal pada paparan status I-Sinar online.

“Anda disarankan untuk menyemak semula status anda bermula 8 pagi pada 8 Februari 2021,” menurut kenyataan itu.

KWSP sebelum itu memaklumkan bagi pemohonan Kategori 2 adalah untuk ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30 peratus dan ke atas termasuk pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa selepas 1 Mac 2020.

Pengurangan berkenaan hanya boleh dikenal pasti melalui dokumen yang diberikan. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here