Kelab malam, pub tak dibenarkan beroperasi – MKN

0
1

AKTIVITI kelab malam, pub serta restoran di dalamnya tidak dibenarkan beroperasi ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Perkara tersebut dinyatakan menerusi kenyataan bergambar yang dimuat naik di media sosial milik Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini.

Ia menjawab persoalan terhadap laporan sebelum ini yang menyatakan kerajaan telah membenar pengusaha kelab malam dan pub meneruskan operasi sehingga jam 10 malam.

Pada 4 Februari lalu, menurut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dipapar dalam laman web MKN, pengusaha pub dan kelab malam dibenar beroperasi namun tertakluk kepada beberapa syarat.

Antaranya penjualan makanan hanya dibenarkan secara bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here