Kaki sejuk punca Liverpool kalah

0
1

PENGURUS Liverpool, Jurgen Klopp mempertahankan penjaga gol, Alisson Becker selepas kesilapan besarnya memberikan kemenangan buat Manchester City di Anfield dan mendakwa pemain Brazil itu mungkin mengalami ‘kesejukan di kaki’.

Dalam tempoh tiga setengah minit babak kedua, dia dua kali menghantar bola terus kepada pemain lawan, membolehkan Ilkay Gundogan mencipta gol kedua selepas Mohamed Salah menyamakan kedudukan menerusi penalti dan kemudian Raheem Sterling menjadikan kedudukan 3-1.

Agensi melaporkan Klopp berkata: “Kami melakukan dua kesilapan besar, semua orang melihatnya. Ketinggalan 3-1 dalam perlawanan seimbang untuk tempoh yang lama dan anda sangat kecewa, ia sukar diterima dan ada situasi pintar ketika mereka menjaringkan gol keempat.

“Persembahan sangat bagus dan dengan persembahan seperti ini, kami tidak boleh 13 mata di belakang City. Jaringan itu, kami melakukan kesilapan besar. Ia masalah ketika berdepan City, ia membunuh. Kerana itu kami tewas perlawanan.

“Kami tidak boleh menyembunyikannya (kesilapan Alisson), kami tidak boleh bercakap mengenainya. Ia memang benar. Kami tidak banyak memberikan peluang, terutama gol pertama. Gol kedua dia tersalah hantar bola.

“Tiada sebab sebenar, mungkin kakinya sejuk. Ia nampak kelakar tetapi ia boleh jadi. Tapi masih ada peluang untuk meneruskannya. Ali sudah banyak kali menyelamatkan kami, hari ini dia membuat dua kesilapan. Itulah yang terjadi.” – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here