Abd Jalil dilantik Ketua Polis Selangor baharu

0
1

KETUA Polis Pahang, Datuk Seri Abd Jalil Hassan dilantik sebagai Ketua Polis Selangor yang baharu berkuat kuasa 1 Mac ini.

Abd Jalil mengisi kekosongan jawatan ditinggalkan Datuk Noor Azam Jamaludin yang bersara wajib pada 15 Disember tahun lalu selepas berkhidmat hampir 34 tahun dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Arahan pertukaran pegawai kanan itu dimaklumkan Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Urusetia Ketua Polis Negara (KPN), Superintendan A Skandaguru dalam satu kenyataan hari ini.

Abd Jalil menjadi Ketua Polis Pahang sejak 25 Julai 2019 dengan mengambil alih tugas Datuk Seri Mohd Zakaria Ahmad yang bertukar ke Bukit Aman sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial ketika itu.

Beliau yang mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam PDRM juga pernah menjadi Ketua Polis Melaka sebelum ini. – Malaysiapost

Ketua Polis Selangor yang baharu, Datuk Seri Abd Jalil Hassan

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/02/05/reman-ibu-kandung-bapa-tiri-kanak-kanak-mangsa-dera-dilanjutkan/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here