Banjir gelombang ketiga di Sarawak makin teruk

0
1

MANGSA banjir gelombang ketiga yang melanda Sarawak sejak Selasa lalu terus meningkat kepada 985 orang pagi ini berbanding 577 petang semalam.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Mejar Ismail Mahedin berkata, pembukaan pusat pemindahan sementara (PPS) banjir juga menyaksikan peningkatan kepada 18 berbanding hanya 10 semalam.

Menurutnya, Serian mencatat jumlah mangsa tertinggi iaitu 710 mangsa daripada 233 keluarga.

“Buat masa ini, daerah Serian yang terletak kira-kira 60 kilometer dari pusat bandar Kuching masih menjadi kawasan yang paling teruk terjejas akibat banjir.

“Satu PPS dibuka di daerah Tatau, empat di Simunjan, dua di Samarahan dan 11 di Serian,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian hari ini.

Menurutnya, seramai 229 mangsa daripada 76 keluarga ditempatkan di empat PPS Simunjan, manakala di Samarahan, 38 mangsa daripada 10 keluarga di dua PPS dan lapan mangsa daripada dua keluarga ditempatkan di Dewan Sukan Tatau, di Bintulu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here