ANGKA kematian akibat pandemik Covid-19 membimbangkan apabila kekal pada dua angka dengan 17 kematian direkodkan, hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah berkata, dengan penambahan kes kematian hari ini jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 adalah 826 kes.
Dalam pada itu katanya, jumlah kes positif Covid-19 pada hari ini mencatatkan bilangan 4,571 kes dengan jumlah keseluruhan sebanyak 231,483 kes.
“Hanya Perlis sahaja kekal satu-satunya negeri zon Hijau pada hari ini, selain Labuan dengan satu kes.
“Selangor kekal negeri tertinggi penularan Covid-19 dengan 2,056 kes pada hari ini dan ia diikuti Johor (664); Sarawak (270) dan Johor (664),” katanya.
Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata sebanyak 48,771 kes aktif dengan 308 mendapat rawatan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 135 memerlukan alat pernafasan. -Malaysiapost
Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2021/02/04/covid-19-pkrc-di-johor-mampu-tempatkan-1200-pesakit/

