Bapa tiri ‘adik’ pernah didakwa cederakan isteri

0
1

BAPA tiri kepada kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang meninggal dunia dipercayai didera, Jumaat lalu, pernah didakwa di mahkamah atas pertuduhan sengaja mendatangkan kecederaan kepada isterinya.

Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd Ali yang mengesahka perkara itu berkata, suspek yang kini direman tujuh hari, pernah didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh pada 8 September tahun lalu, tetapi mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu.

“Lelaki itu pernah didakwa kerana memukul isteri yang juga ibu kandung kepada kanak-kanak yang meninggal dunia itu,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Abdul Majid berkata, setakat ini, polis masih melengkapkan kertas siasatan kerana terdapat beberapa perkara perlu diteliti sebelum menyerahkannya kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

Suspek lelaki berusia 38 tahun bersama isterinya berusia 32 tahun itu direman tujuh hari sejak Sabtu lalu selepas dipercayai mendera kanak-kanak terbabit sehingga meninggal dunia dalam kejadian di Taman Krubong Jaya, di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang Jumaat lalu, kanak-kanak terbabit ditemui lemas dalam tong air setinggi 60.9 sentimeter di rumah mereka dengan terdapat kesan kecederaan di beberapa bahagian badan.

Jenazah yang dituntut waris keluarga ibu kandung di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka kemudian dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Padang Lebar, Kampung Simpang Bekoh, Jasin, Isnin lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here