PRESIDEN Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan menerima peruntukan sebagai Ahli Parlimen sebanyak RM100,000 setahun.
Katanya, jumlah itu sama seperti Ahli Parlimen pembangkang berbanding Ahli Parlimen lain yang menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) iaitu sebanyak RM3.7 juta setahun.
“Bagan Datuk, Pontian, Pekan, Padang Rengas dan Machang antara yang menerima RM100,000. Alhamdulilah, terima kasih walaupun Bagan Datuk kawasan yang mundur di Perak.
“Terima kasihlah atas peruntukan ini dan diharap terbukalah hati pada yang membuat keputusan ini. Ini yang kami terima walaupun undi kami yang menyokong Bajet 2021. Ini hadiah kami dapat,” katanya dalam siaran langsung yang dikongsikan di Facebook miliknya, malam ini.
Sementara itu, ditanya mengenai jajaran baru yang dikatakan Umno bersama DAP, Ahmad Zahid berkata, situasi itu timbul kerana dua parti bersama Umno tidak mendokong Menteri Besar yang baharu di Perak pada waktu itu.
“Ketidakcukupan kerusi memerlukan jajaran baru untuk mengabsah jawatan Menteri Besar pada waktu itu.
“Terdapat tiga parti pembangkang yang dilihat mendokong pilihan Menteri Besar baru. Bayangkan 48 yang beri undi tak percaya 10 sahaja undi percaya, maka dari perkiraan 48 lagi banyak dari 10.
“Bila Sultan Perak perkenan dari Umno dilantik Menteri Besar dan kemudian pada Dewan Undangan Negeri, 59 Adun memberi dokongan kepada beliau… jadi kedudukannya diabshah semua.
“Inilah jajaran baru. Sebab itu saya minta Menteri Besar membuat CSA iaitu Confident Supply Agreement iaitu berapa yang Adun kerajaan dapat itu juga diperoleh pembangkang,” katanya.
Ahmad Zahid berkata, adakah dengan jajaran baru itu Umno membawa DAP, PKR dan Amanah bersama, tidak sebaliknya ia adalah satu bentuk jajaran baru di Perak.
Katanya, situasi itu juga sama seperti di Johor, iaitu CSA diperkenalkan dengan semua pihak termasuk pembangkang memperoleh peruntukan yang sama.-Malaysiapost
Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2021/02/02/saya-tiada-kedudukan-dalam-kerajaan-tapi-akan-bersuara-zahid/

