Menteri Pendidikan tak mengeluh tiada gelaran Datuk sebelum ini

0
1
PUTRAJAYA 15 APRIL 2020. Menteri Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin ketika membuat pengumuman Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) tahun ini dibatalkan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat Covid-19. NSTP/IHSAN KPM

MENTERI Kanan (Pendidikan), Datuk Dr Radzi Jidin menafikan membuat sebarang kenyataan berhubung sukar menjalankan tugasnya sebagai menteri kerana tiada gelaran Datuk sebelum ini. 

Menurutnya, dakwaan yang tular di media sosial itu adalah fitnah dan beliau tidak pernah menyebut sedemikian. 

Beliau turut memuatnaik tangkap layar ciapan yang dibuat pemilik akaun Twitter ‘Srikandi Malaya’ mengenai dakwaan itu. 

Antara dakwaan itu adalah ‘Menteri Pendidikan akui susah bekerja tanpa gelaran Datuk. Masa menjadi pensyarah di Australia dulu, semua orang panggil saya ‘Sir’. 

“Ini adalah satu fitnah. Saya tidak pernah menyebut sedemikian. 

“Untuk makluman, di Australia, bukan sahaja pensyarah bahkan juga profesor, umumnya dipanggil nama sahaja,” jelasnya melalui hantaran di Facebook hari ini. 

Dr Radzi turut meminta orang ramai membantu menghentikan fitnah itu. 

“Bantu saya hentikan fitnah ini. Kepada pemfitnah, sekiranya lepas di dunia, belum tentu lepas di akhirat kelak,” katanya. 

Dr Radzi semalam dianugerahkan Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk, sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2021. 

Turut menerima anugerah itu adalah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here