Naikkan kompaun PKP: Tiada keperluan, hanya tambah kebencian

0
1

TIADA keperluan untuk naikkan kompaun ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) , kata Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Datuk Mohd Ridzuan Abdullah.

Katanya, tindakan menaikkan kompaun walaupun sehingga RM10,000 tidak akan menyelesaikan masalah yang membelenggu rakyat ketika krisis Covid-19 ini.

“Kita ambil contoh jalan raya, naik sehingga RM1,000 ada ja yang kena ‘speed trap’ .

“Sama juga situasi sekarang. Belum sampai masanya lagi untuk satu tindakan drastik untuk naikkan kompaun yang akhirnya bukan sahaja menyusah rakyat tetapi negara,” katanya kepada Malaysiapost.

Mengulas lanjut, Ridzuan berkata tindakan berkenaan akan menambah kebencian rakyat terhadap kerajaan.

“Undang-undang biar satu sahaja…. jangan rakyat kena tetapi VVIP terlepas. Macam mana rakyat kena macam tu juga golongan berkenaan,” katanya.

Terdahulu, Malaysiapost melaporkan seorang peguam mencadangkan kerajaan mengenakan kompaun sehingga RM10,000 atas kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) khususnya yang disengajakan seperti operasi pusat hiburan.

Presiden Ikhlas, Datuk Mohd Ridzuan Abdullah

Mohd Khairul Azam Abdul Aziz menjelaskan jumlah maksimum RM10,000 itu juga bagi memberi kuasa kepada mahkamah untuk membuat penilaian sama ada kesalahan itu serius atau tidak, selain berdasarkan bentuk kesalahan serta kemampuan pihak yang melakukan kesalahan. -Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/02/01/peguam-cadang-kompaun-maksimum-ingkar-sop-pkp-dinaikkan-kepada-rm10000/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here