Kes baharu Covid-19 menurun kepada 4,214

0
1

SELEPAS tiga hari berturut-turut menunjukkan angka melebihi 5,000 kes, jumlah kes positif Covid-19 harian menunjukkan penurunan dengan 4,214 kes direkodkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham, berkata ia menjadikan jumlah kumulatif adalah sebanyak 219,173 kes dengan jumlah kes aktif adalah 48,074 kes.

“Jumlah kes sembuh baru adalah 4,280 kes menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 170,329 kes atau 77.7 peratus.

“Kes tempatan adalah 4,205 kes iaitu 2,645 warganegara atau 62.9 peratus dan 1,560 kes pula adalah bukan warganegara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, kes import yang direkodkan adalah sembilan kes membabitkan lapan warganegara dan seorang bukan warganegara.

“Jumlah kematian baru adalah 10 kes membabitkan semua warga tempatan dan menjadikan jumlah kumulatif kematian setakat ini adalah 770 kes atau 0.35 peratus.

“Kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 316 kes dengan 137 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya. -Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/02/01/rentas-negeri-antara-punca-kes-covid-19-meningkat-di-terengganu/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here