3 Exco Pemuda Umno terima gelaran Datuk

0
1

TIGA Exco Pemuda Umno diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk menerima Darjah Kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (PMW) sempena Hari Wilayah Persekutuan, hari ini.

Darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk itu dikurniakan kepada Mohd Lasim Borhan, Muhamad Muqharabbin Mokhtaruddin dan Rizam Ismail.

Darjah Kebesaran PMW juga telah diikurniakan kepada 78 individu lain termasuklah Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin.

Turut dikurniakan PMW, Pengarah Belanjawan Negara, Datuk Johan Mahmood Merican; Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAIWP), Datuk Mohd Ajib Ismail; Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah dan Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu Universiti Teknologi MARA (UiTM), Datuk Prof Dr Shamrahayu Ab Aziz.

Dalam pada itu, empat Pemuda Umno juga menerima Darjah Kebesaran Johan Mahkota Wilayah (JMW) daripada Seri Paduka Baginda.

Wan Muhammad Azri Wan Idris atau lebih dikenali sebagai Papagomo dikurniakan Dajah Kebesaran JMW bersama Johari Yazit, Syahril Izham Abdu Malek dan Mohd Hazriq Mohd Husin.

Manakala, dua Ketua Bahagian Umno iaitu Ketua Bahagian Umno Bukit Bintang Mohd Khairulnizam Mohd Isa dan Ketua Bahagian Umno Setiawangsa, Roshan Zaki Othman telah dikurniakan Darjah Kebesaran Kesatria Mahkota Wilayah (KMW).

Seramai 49 individu dianugerahkan Johan Mahkota Wilayah (JWM), 76 individu menerima Kesatria Mahkota Wilayah (KMW), 31 dianugerahkan Ahli Mahkota Wilayah (AMW) dan 68 orang menerima Pingat Pangkuan Mahkota Wilayah (PPW). -Malaysiapost

Artikel berkaitan: https://malaysiapost.com.my/2021/02/01/335-terima-darjah-kebesaran-sempena-hari-wilayah-persekutuan-2021/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here