Ebit Lew Islamkan 157 penduduk Bajau Laut

0
2

SERAMAI 157 masyarakat suku Bajau Laut atau dikenali gipsi laut membuat keputusan memeluk Islam.

Perkara itu dimaklumkan oleh pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew menerusi Facebooknya.

Beliau yang menyaksikan dan mengajar mereka melafazkan syahadah.

Justeru, beliau meluahkan perasaan gembira dan terharu dengan keadaan itu.

“Ya Allah, menangis saya hari ini kerana gembira. Seramai 157 orang mengucap syahadah. Satu kampung memeluk Islam petang ini.

“Semuanya dengan rela tanpa paksaan. Dari suku Bajau Laut atau gipsi laut.. Mereka tinggal dalam bot atau pondok kecil atas laut,” katanya.

Beliau memberitahu tujuannya ke sana untuk memberi bantuan kepada mereka.

“Dengar mereka susah dan putus bekalan makanan. Mereka susah sangat. Bajau laut kumpulan manusia tanpa negara. Tengok anak kecil terus menangis. Berebut-rebut datang dekat saya.

“Mereka beri nama anak selepas setahun kerana risiko kematian tinggi untuk anak bawah setahun,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, secara tiba-tiba ramai di antara mereka bertanya kepadanya siapa Tuhan.

“Tuhan tu apa. Saya terus sebak. Saya dengan penterjemah tanya pernah tak sesiapa terangkan tentang agama. Mereka jawab tiada. Kami tak tahu. Tolong bagitahu kami.

“Saya terus sebak. Saya kumpulkan semua dikeliling bot tadi. Mereka semua terus percaya. Saya ajar mereka syahadah. Inilah hari paling sedih campur gembira dalam hidup saya. Terima kasih Allah.

“Saya akan terus bantu makanan untuk seluruh kampung atas laut ini. Saya tengah urus untuk bina sekolah. Tengah cari guru, ustaz untuk mengajar mereka,”.

Ebit turut memohon agar Allah SWT membantu dan mempermudahkan dirinya untuk memastikan anak-anak itu menjadi manusia berguna. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here