Khabib ditawar jadi pemain bola sepak

0
1

BINTANG UFC, Khabib Nurmagomedov ditawarkan untuk menyertai kelab divisyen tiga Russia, FC Kamaz.

Ia selepas Khabib menunjukkan kemahirannya bermain bola sepak ketika perlawanan di sekolah latihan Spartak Moscow di Dubai.

Agensi melaporkan Kamaz menerusi Instagram berkata: “Kami menawarkan anda untuk melakukan penampilan pertama dengan menjadi sebahagian daripada pasukan ini.

“PFL adalah bola sepak UFC. Kami beraksi pada setiap perlawanan untuk menang dan bercita-cita tinggi untuk menyertai FNL (divisyen dua).

“Kami sudah bersedia menawarkan sijil kepada Khabib. Jika segala-galanya berjalan lancar, anda hanya perlu memasukkan tarikh menyertai pasukan ini.”

Kamaz yang kini berusaha untuk naik ke divisyen dua, meminta Khabib untuk menyertai kem latihan selama tiga minggu di Novorossiysk bermula 12 Februari.

Khabib, 32, adalah peminat setia Real Madrid namun baru-baru ini bergambar bersama pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk.

Bintang Rusia itu sememangnya meminati bola sepak dan dilihat kembali fokus kepada sukan itu selepas bersara daripada UFC.

Dia mengumumkan keputusan itu pada perlawanan terakhir Oktober tahun lalu selepas kehilangan bapanya, Abdulmanap yang meninggal dunia pada usia 57 tahun, Julai tahun lalu.

Dengan Khabib hanya kurang satu lagi kemenangan untuk melengkapkan rekod 30-0, bos UFC, Dana White sering memujuknya untuk kembali ke gelanggang. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2021/01/06/khabib-ditawar-lebih-rm400-juta-lawan-mayweather/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here