Masih ramai degil langgar SOP

0
2
PUTRAJAYA, 8 Jun -- Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika sidang media harian perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Bangunan Perdana Putra hari ini. Kerajaan setuju membenarkan pembukaan semula sektor peniagaan berkaitan sukan seperti gimnasium, dewan tertutup, kompleks sukan dan pusat snuker bermula 15 Jun ini. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

AMARAN kerajaan mengenai tindakan kompaun dan hukuman lebih berat bakal dikenakan terhadap individu atau syarikat yang ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), seperti tidak dihiraukan apabila masih terdapat pihak melanggarnya.

Ini dibuktikan dengan penahanan 413 individu atas kesalahan ingkar SOP oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata daripada jumlah itu, 396 dikompaun manakala 17 lagi individu direman.

“Antara kesalahan direkodkan ialah rentas daerah/negeri tanpa kebenaran (101), tidak memakai pelitup muka (84), gagal menyediakan peralatan/merekod butiran pelanggan (64), tiada penjarakan fizikal (48), premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (38) dan lain-lain (78),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, bagi kawalan sempadan negara melalui Operasi Benteng semalam pula telah menangkap 32 pendatang asing tanpa izin, selain dua kenderaan darat dirampas.

“Dalam operasi itu, pihak berkuasa mengesan 105 bot/kapal di perairan negara melalui lima aktiviti penglihatan.

“Op Benteng melibatkan PDRM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM) serta agensi keselamatan lain turut menjalankan 540 sekatan jalan raya,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here