‘Pemimpin Umno perlu jujur dan berterus terang’ – Annuar Musa

0
1

UMNO perlu memastikan kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang mungkin akan berlaku dalam masa terdekat.

Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa, berkata tidak mustahil PRU-15 boleh berlaku sebelum 1 Ogos ini atau 60 hari selepasnya.

Beliau yang juga bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) itu berkata, tanggungjawab kepimpinan parti ketika ini adalah mempersiapkan jentera parti bagi menghadapi pilihan raya itu.

“Justeru yang paling utama bagi kita ahli Umno ialah mempastikan Umno memenangi PRU itu, atau sekurang-kurangnya Umno adalah ‘part of the winning team’ (sebahagian parti yang menang).

“Tanggungjawab para nakhoda (pemimpin), adalah mengemudi ke arah kejayaan, bukan ke arah menghancurkan..sementara para jeragan (ahli) terus mendayung, berkerja kuat sepasukan membawa parti ke destinasinya.

“Jangan sombong, jangan bongkak, jangan hasad, jangan ‘pepat di luar, rencong di dalam’…jangan depan lain, belakang lain,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebooknya hari ini.

Beliau meminta, kepimpinan Umno agar bersikap jujur dan berterusan terang serta sabar apabila difitnah.

“Insya-Allah kebenaran dan kemenangan menanti di hadapan.

“Yang penting, Umno selamat, kekal diyakini dan disayangi rakyat,” katanya. -Malaysiapost

Artikel berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here