BEBERAPA pejabat di Wisma Darul Aman, Alor Setar di Kedah termasuk Pejabat Menteri Besar Kedah akan ditutup mulai Ahad ini hingga 2 Februari susulan penularan wabak Covid-19 membabitkan kakitangan kerajaan negeri.
Penutupan itu bagi membolehkan proses sanitasi dijalankan.
Perkara itu dimaklumkan melalui kenyataan media rasmi Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman dengan urusan Pejabat Menteri Besar dijangka beroperasi seperti biasa mulai 3 Februari ini.
Sementara itu, turut ditutup adalah pejabat Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK) dan Tadbir Urus Negeri Kedah (JITU) yang turut terletak di kompleks Wisma Darul Aman.
Kedua-duanya ditutup mulai hari ini, sehingga 6 Februari bagi memastikan tahap kesihatan kakitangan kerajaan negeri dan untuk kerja sanitasi.
LSANK dalam satu kenyataannya memaklumkan tidak akan beroperasi sepenuhnya sepanjang tempoh berkenaan untuk inisiatif memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.
“Sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi LSANK melalui [email protected] atau Facebokk rasmi Lembaga Sumber Air Negeri Kedah. Kesulitan amat dikesali.
“Semoga kita semua dilindungi dan terhindar daripada wabak Covid-19. Bersama kita hentikan wabak Covid-19,” menurut kenyataan itu. – Malaysiapost
Artikel berkaitan:

