Mufti Perlis bidas pihak persenda pasukan beruniform

0
1

Nurul Huda Abhar

MUFTI Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin memaklumkan tugas pasukan beruniform adalah satu pekerjaan yang mulia, meskipun perlu melakukan pelbagai jenis kerja.

Menurut beliau, ketika bencana dan kemalangan pasukan beruniform bertanggungjawab melancarkan situasi dan ia saling melengkapi antara tugas-tugas yang lain.

“Tugasan pasukan beruniform menjaga kenderaan dan parking semasa majlis orang ramai, demikian juga menangkap haiwan berbahaya untuk keselamatan penduduk dan seumpamanya, adalah tugas yang mulia.

“Apatah lagi tugasan mereka ketika bencana dan kemalangan, kesemuanya tugas mulia dan berpahala. Kehidupan kita ini saling melengkapkan,” tulisnya di laman Facebook (FB), hari ini.

Difahamkan, Mohd Asri membuat kenyataan sedemikian sebagai mengulas dakwaan Presiden Penyatuan Ummah Malaysia, Ahmad Husam Baderudin yang dikatakan memperlekehkan tugas Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

Ahmad Husam dalam satu video yang tular hari ini membuat kenyataan bahawa RELA hanya menjaga ‘parking’ dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) tugas menangkap ular.

Namun, menerusi hantaran di FB miliknya hari ini, Ahmad Husam menafikan dakwaan itu, malah memberitahu individu yang dikatakan mengubah video tersebut sudah mengaku salah dan memohon maaf kepadanya. – Malaysiapost

Artikel berkaitan :

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here