Hamzah sembuh daripada Covid-19

0
1

MENTERI Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin disahkan sembuh sepenuhnya daripada jangkitan Covid-19 dan dibenarkan pulang selepas menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), hari ini.

Dalam kenyataan ringkas, Hamzah mengucapkan terima kasih kepada doktor, jururawat dan semua petugas barisan hadapan yang memberikan perkhidmatan cemerlang tanpa mengira penat dan lelah semasa tempoh rawatannya.

“Kepada semua pihak yang bertanya khabar, memberikan kata semangat dan mendoakan kesihatan saya, terima kasih saya ucapkan.

“Keprihatihan anda semua memberikan kekuatan kepada saya untuk terus melawan virus Covid-19,” katanya.

Hamzah berkata, beliau menyeru kepada semua rakyat Malaysia untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Berikan kerjasama penuh kepada petugas hadapan serta kerajaan dalam usaha untuk memutuskan penularan pandemik Covid-19.

“Saya berdoa ke hadrat Allah SWT supaya kita semua diberikan nikmat kesihatan dan sentiasa mendapat perlindungan daripada-Nya,” katanya.

Pada 11 Januari lalu, Hamzah disahkan positif Covid-19 selepas menjalankan ujian saringan susulan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed yang dijangkiti wabak itu. -Malaysiapost

Artikel berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here