PELAKON Zarina Anjoulie Lavocah mengesahkan telah bercerai dengan suaminya, dan perkahwinan tersebut hanya mampu bertahan selama enam bulan.
Menurut Zarina atau lebih mesra disapa Anju, bercerai adalah pilihan yang terbaik kerana dia dan suami sudah tidak sehaluan.
“Secara rasminya saya telah bercerai. Kami tidak sehaluan dan penceraian adalah pilihan sendiri.
“Terima kasih kerana ambil berat,” katanya dalam video di laman Instagram, hari ini.
Anju yang juga menjalankan perniagaan sendiri memberitahu buat masa ini dia hanya ingin menumpukan masa bersama anak dan keluarga.
“Anju nak fokus kerja, keluarga dan anak. Anju nak guna masa ini, terima kasih,” ujarnya lagi.
Rata-rata pengikut Instagram (IG) nya agak terkejut dengan pengumuman itu kerana mahligai perkahwinannya baru memasuki enam bulan.
Ruangan komen IGnya dibanjiri dengan kata-kata semangat dan doa agar Anju terus tabah dan kuat atas apa yang berlaku.
Pelakon siri ‘Anak Pontianak’ itu bernikah dengan Eilyas Azhar pada Julai tahun lalu di Pejabat Agama Islam Daerah Seremban, Negeri Sembilan.
Anju pernah mendirikan rumah tangga sebelum ini dengan warganegara Brunei dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Martin Ezra Mikael sebelum bercerai pada Disember 2016. -Malaysiapost
Artikel berkaitan:

