DOKTOR memberi amaran kepada pengguna aplikasi TikTok supaya tidak meniru aksi menyapu ‘krim ereksi’ pada bibir sebagai jalan pintas untuk mendapatkan bibir yang gebu dan munggil, lapor akhbar Daily Star.
Perbuatan itu dimulakan oleh pengguna aplikasi tersebut yang bernama Jerry Mal, aksinya menyapu ‘krim ereksi’ menular apabila ramai anak muda terpengaruh melakukan perkara sama untuk melihat keberkesanannya.
Menerusi TikToknya, Mal memaparkan keadaan bibirnya yang membengkak selepas beberapa saat menggunakan krim bantuan seksual untuk kesan bibir menggebukan.
Video berkenaan telah mendapat lebih 3.5 juta tontonan, malah Mal turut mendedahkan tidak berjaya mengekalkan krim ereksi itu selama lima minit seperti yang dimahukan kerana bengkak di bibirnya terlalu menyakitkan.
Pengarah Perubatan sebuah klinik kulit di Britain, Dr Ross Perry memberitahu akhbar Metro UK bahawa bibir tebal boleh membuatkan seseorang mengalami reaksi alergi seperti rasa menyengat, sakit, lepuh dan bengkak yang tidak selesa.
“Kesan sampingan lain selepas krim menyerap ke dalam tubuh manusia adalah sakit kepala, masalah tekanan darah dan juga risiko serangan jantung.
“Krim ini juga boleh mengakibatkan keradangan luka lama terutama jika anda selalu menyapunya,” katanya. -Malaysiapost
Artikel berkaitan: https://malaysiapost.com.my/2021/01/25/tayang-punggung-adik-neelofa-cetus-kontroversi-lagi/

