Menjengkelkan, ibu minta guru mengajar sejarah dalam B.Inggeris

0
1

EKORAN wabak pandemik Covid-19 yang belum reda, sesi persekolahan tahun ini terpaksa dilaksanakan menerusi kaedah pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

1001 kisah cabaran dan ragam terpaksa ditempuhi para guru, pelajar mahupun ibu bapa yang terpaksa menyesuaikan diri bagi menghadapi sesi pembelajaran norma baru ini. 

Namun, baru masuk hari keempat pelajar belajar melalui sesi PdPR, sudah timbul perkara yang mencuit hati, tetapi agak menjengkelkan hari ini. 

Perkara ini bukan dicetuskan oleh guru atau pelajar, sebaliknya oleh seorang ibu yang secara tiba-tiba menyampuk sesi PdPR anaknya yang sedang berlangsung. 

Malah, lebih menjengkelkan, berdasarkan hantaran Facebook warganet bernama Firdaus Azizan, sesi pembelajaran subjek Sejarah yang sedang diikuti anaknya terganggu apabila seorang ibu telah menyampuk dengan meminta guru berkenaan untuk turut berkomunikasi menggunakan bahasa Inggeris ketika mengajar.

“Cikgu, maaf saya interrupt ye. Saya minta Cikgu selang seli pengajaran dalam English juga boleh? Anak saya tak berapa faham BM (Bahasa Melayu), jadi dia tak dapat bagi tumpuan,” catatnya. 

Menurut Firdaus, permintaan ibu berkenaan adalah melampau kerana subjek Sejarah memang diajar menggunakan Bahasa Melayu, malah semua subjek kecuali bahasa Inggeris yang diajar di sekolah rendah menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan. 

Malah, lebih mengecewakan, Firdaus yang merupakan penjawat awam berkata, ibu berkenaan telah menonjolkan sikap tidak tahu menghormati kerjaya seorang guru kerana mengganggu sesi PdPR yang sepatutnya hanya guru dan pelajar sahaja dibenarkan berinteraksi. 

“Subjek yang diajar adalah Sejarah ye. Kau fefeeling anak kau belajar sejarah UK (United Kingdom)? Dan kau tu Melayu feeling feeling tak faham Bahasa Melayu, nak je aku ajarkan anak kau dalam Bahasa Zimbabwe!

“Ibu bapa tolonglah ada adab masa kelas online. Macam mana anak nak ada adab belajar kalau kau boleh pula beri arahan Cikgu macam ni semasa kelas sedang berjalan,” catatnya. 

Tinjauan di ruangan komen, rata-rata warganet melahirkan perasaan terkejut mereka terhadap sifat ibu berkenaan yang memang menjengkelkan, namun ada yang menyarankan supaya anaknya dihantar ke sekolah antarabangsa untuk mengelakkan ketinggalan dalam pelajaran. 

“Aduii..mmg sedikit annoying bunyinya…

“Fefeeling omputeh pi hantar anak sekolah kat sekolah private la. Hantar sekolah kerajaan mmg cakap Melayu je. 

“G antar sekolah swasta. Yang ajar English kat umah masuk sekolah gomen acah² international school kenapa,” komen warganet. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here