KEHEBATAN penyerang Mesir Mohamed Salah beraksi di Liga Perdana Inggeris turut mencuri tumpuan Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Meskipun, Salah gagal membawa Liverpool melangkah ke pusingan seterusnya dalam pertandingan Piala Fa, kehebatan dan kesungguhan penyerang itu beraksi di padang telah menjadi inspirasi kepada Zahid.
“Hebat betul lah Mohamed Salah ni, dapat score 2 bijik. Orang lain semua dapat score seorang sebijik je.
“Apa yang saya perhati, Mohamed Salah ni memang terkenal di Malaysia. Saya juga belajar sesuatu benda daripada pemain Mesir ni.
‘Hidup jangan salahkan orang lain dan jangan mudah mengalah’, jauhkan dari menjadi serba salah, segala perbuatan baik pun dianggap salah,” katanya di Facebook hari ini.
Tanpa menjelaskan lanjut kata-katanya itu, Zahid dilihat cuba mengaitkannya dengan apa yang berlaku terhadap dirinya ketika ini.
Bekas Timbalan Perdana Menteri itu ketika ini diserang hebat bukan sahaja daripada musuh politiknya, tetapi turut mendapat tekanan daripada beberapa pemimpin Umno yang mendesak beliau meletakkan jawatan sebagai Presiden.
Dalam pada itu, Zahid berkata, hikmah di sebalik perintah kawalan pergerakan (PKP) ini telah menyebabkan beliau dapat meluangkan untuk melakukan aktiviti yang sebelum ini amat jarang dapat dilakukannya.
“Maklumlah saya bukan selalu dapat meluangkan masa menonton bola.
“Time PKP je ada masa sedikit kerana tiada aktiviti rasmi dan mesyuarat dijalankan,” katanya.
Zahid juga turut memohon maaf kepada penyokong Arsenal susulan kesilapannya berkaitan fakta perlawanan antara pasukan itu menentang Southampton sebelum ini.
“Semalam, saya menulis berkenaan bola ramai menegur kerana tersilap sebut EPL. Rupanya FA CUP.
“Terima kasihlah kepada kawan-kawan saya yang menegur. Nampak makin ramai pula yang datang ke page fb dan Instagram saya bila tulis pasal bola ni.
“Biasalah orang muda memang tak suka sangat politik. Mereka suka hiburan dan bola sepak namun merekalah yang akan memilih siapa pemimpin negara masa depan,” katanya. -Malaysiapost
Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2021/01/24/umno-tidak-akan-surrender-zahid/

