Wanita Umno fokus bantu rakyat, menang PRU-15

0
1
KUALA LUMPUR, 5 Dis -- Ketua Pergerakan Wanita UMNO Datuk Noraini Ahmad menyampaikan ucapan ketika Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2019 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini. --fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA

WANITA Umno konsisten menyokong pendirian parti dan setiap keputusan yang telah diputuskan dalam mesyuarat Tertinggi Umno.

Ketuanya, Datuk Seri Noraini Ahmad, berkata pendirian itu selaras dengan kenyataan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mahukan rakyat terus dibantu.

“Fokus utama Wanita Umno adalah membantu rakyat dan memperkukuhkan gerak kerja dalam mencapai objektif menang dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

“Dalam keadaan negara yang kini dilanda wabak Covid-19 dan juga banjir, sudah pasti keperluan rakyat perlu diutamakan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Justeru, katanya, sebagai tulang belakang parti, sudah pasti Wanita Umno akan terus mengembling tenaga memastikan kebajikan rakyat dijaga.

“Wanita Umno juga menyeru kepada semua ahli parti untuk terus merapatkan saf, memperkukuhkan parti agar rakyat dapat melihat dengan jelas bahawa inilah parti yang benar-benar mampu membawa denyut nadi rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

“Dalam pada itu, marilah kita terus mempertingkatkan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SO), menjaga kawalan kendiri agar rantaian Covid-19 dapat diputuskan dan angka pesakit positif kembali kepada sifar,” katanya. -Malaysiapost

Foto Kredit: Bernama

Berita berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here