Netizen bantu anggota polis terlantar hidap kanser

0
1

SEORANG anggota polis kini terlantar di Hospital Pulau Pinang selepas menghidap kanser pangkal hidung pada tahap empat.

Berdasarkan perkongsian di Facebook Friends Of PDRM, anggota dikenali sebagai Farhi disahkan mendapat penyakit itu pada penghujung tahun lalu.

Difahamkan Farhi yang bertugas di sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di Pulau Pinang menyara isteri dan seorang anak yang masih kecil.

“Di sini saya ingin memohon sedikit bantuan dari kawan-kawan semua untuk membantu kawan saya sedang sakit kanser yang memerlukan bantuan kos untuk mengubati penyakitnya dan kini terlantar di Hospital Pulau Pinang.

“Semoga Allah dapat membalas jasa baik anda semua.

“Kepada yang ingin menderma sedikit wang boleh la pm (hubungi) isterinya di 017-505 7852 (Wahida) tak kisah la berapa, janji ikhlas dari tuan,” kata pentadbir laman berkenaan.

Pentadbir itu turut menyertakan nombor akaun isteri Farhi iaitu 7625492168 (CIMB) Nurul Wahida Mohammad Kamal bagi mereka yang ingin membantu.

Semakan Malaysiapost di ruangan komen mendapati rata-rata mendoakan anggota berkenaan sembuh selain ada juga berkongsi tangkap layar sumbangan yang diberi kepada isterinya.

Sementara itu, menerusi kemaskini terbaharu, pentadbir laman Facebook tersebut memaklumkan keluarga Farhi amat berterima kasih kepada semua yang menyumbang dan mendoakannya.

Keluarga anggota polis itu juga memohon agar sumbangan dihentikan sementara kerana sudah cukup sekadar diperlukan.

“Semoga Allah merahmati semua rakyat Malaysia yang prihatin mendoakan dan bermurah hati memberi sumbangan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here