MKN benarkan pergerakan membawa Deva Murugan

0
2

MAJLIS Keselamatan Negara (MKN) memberi kebenaran pergerakan membawa berhala dari kuil Sri Maha Mariaman ke kuil Sri Subramaniar, Batu Caves pada Rabu ini sempena Thaipusam. 
Perkara itu dimaklumkan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa hari ini dalam satu ciapan di Twitternya. 
Menurut Annuar, kebenaran itu bagaimanapun bersyarat tidak boleh berhenti dan tidak boleh diiringi lebih 10 pengikut. 
“MKN telah meluluskan Dewa Murugan dibawa dari templer Jalan Bandar ke Batu Caves pada 27 Januari ini. 
“Dan akan dibawa pulang ke Jalan Bandar semula pada 29 Januari ini. 
“Syaratnya, ‘chariot’ tidak boleh berhenti dimana-mana, pengikut tidak lebih 10 orang serta tiada muzik dan lain-lain,” katanya. 
Beliau berkata, seperti biasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memantau keadaan dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). – Malaysiapost 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here