Saya tetap istiqamah – Zahid

0
1

Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan pendiriannya untuk terus mempertahankan Umno Itu meskipun pelbagai jenis serangan daripada musuh parti itu yang tanpa henti menyerangnya.

Beliau menyatakan pendirian tersebut melalui hantaran di Facebook miliknya hari ini.

“Saya tetap istiqamah biarpun peluru-peluru fitnah dan roket-roket penjahanam Umno dari setiap sudut dalaman dan luaran dihamburkan bertubi-tubi kepada saya,” katanya.

Tambah Ahli Parlimen Pagoh itu, Umno tidak akan berjaya dimusnahkan oleh sesiapa kerana kekuatan sebenar parti itu terletak pada akar umbinya.

Justeru, serangan pihak-pihak tertentu terhadap pemimpin parti itu tidak akan menjejaskan Umno.

“Kekuatan Umno sebenar dari benteng-benteng di akar umbi. Biarpun pemimpin-pemimpinnya cuba dimusnahkan, namun bentengnya tetap utuh,” katanya.

Terdahulu, Zahid digasak oleh sekumpulan pemimpin daripada sayap Pemuda parti itu sendiri supaya beliau melepaskan jawatan Presiden Umno.

Ketua Pemuda Seremban, Zool Amali Hussin senada dengan Ketua Pemua Pontian, Mohd Helmi Buang yang meminta Zahid supaya berehat daripada memimpin parti itu.

Saranan tersebut menurut mereka adalah gesaan daripada akar umbi.

Foto Kredit: Twitter DS Zahid Hamidi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here