Ebit Lew sumbang barangan keperluan asas kepada ‘frontliner’ HKL

0
1

PENDAKWAH bebas, Ebit Lew hari ini menyumbang keperluan asas kepada petugas barisan hadapan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Ebit menerusi hantaran Facebooknya berkata, sumbangan barangan keperluan tersebut disifatkan sebagai hadiah kepada petugas barisan hadapan.

“Semalam dapat mesej dari HKL untuk beberapa keperluan. Terus pagi ini hantar keperluan air mineral 100 katon, sabun mandi, shampoo, biskut, keropok dan makanan kering untuk dihadiahkan pada frontliner di HKL,” katanya dalam hantaran itu.

Beliau berkata, wad kecemasan HKL sudah dipenuhi dengan pesakit positif Covid-19 tahap tiga hingga lima.

“Jumpa dengan Pengarah Hospital. Beliau tadi sambut baik dan ucap terima kasih.

“Siap bagi sijil pada saya. beliau dari bulan September tak balik Sabah jumpa isteri dan keluarga sampai sekarang kerana berkhidmat,” katanya.

Ebit turut mendoakan semua petugas barisan hadapan terus kuat dan cekal dalam menjalankan tanggungjawabnya merawat pesakit Covid-19.

“Kasihan Doktor. Katanya inilah tanggungjawab kami ustaz. Saya kena kuat dan sentiasa ada di sini bagi semangat pada frontliner lain.

“Semoga semua terus kuat dan menjadi asbab kebaikan,” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here