PKP: Najib bagi jawapan kenapa kerajaan ‘u-turn’ berhubung operasi kilang kereta

0
2
Pix via Malaysiapost

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberikan sebab kerajaan ‘u-turn’ berhubung operasi industri kilang kereta semasa Perintah Kawalan Pergerakan.

Ahli Parlimen Pekan itu mendakwa laporan media Jepun melaporkan kerajaan negara itu melobi kerajaan Malaysia untuk terus menyenaraikan industri mereka sebagai perkhidmatan keperluan.

“Mula-mula kilang-kilang diletakkan sebagai perkhidmatan keperluan oleh kerajaan dalam senarai awal untuk dibenarkan untuk beroperasi semasa PKP. Namun, selepas dua hari kemudian, kerajaan kata industri kereta tak boleh beroperasi.

“Lalu kerajaan buat U-turn sekali lagi dua hari kemudian dan kilang-kilang kereta sekali lagi diletakkan dalam senarai perkhidmatan keperluan yang tidak diganggu semasa PKP,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Najib berkata, tindakan kerajaan dalam isu berkenaan menyebabkan ramai pihak ‘pelik’ dengan keputusan berubah-ubah.

“Akhirnya terjawab juga apabila media Jepun melaporkan semalam bahawa badan kerajaan negera Jepun serta persatuan industri kereta telah berjaya melobi kerajaan untuk terus menyenaraikan industri mereka sebagai perkhidmatan keperluan.

“Maka kilang-kilang kereta pun beroperasi semasa PKP walaupun pernah menjadi kluster Covid dalam gelombang ketiga beberapa bulan lalu,” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here