SEBANYAK 3,339 kes harian jangkitan baharu Covid-19 dicatatkan hari ini, menjadikan jumlah kes positif di Malaysia sebanyak 158,434 kes.
Ini menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 37,782 kes.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam kenyataannya berkata, daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat 15 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara, manakala penularan Covid-19 dalam negara pula adalah sebanyak 3,324 kes.
“Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,314 kes diikuti Sabah dengan 393 kes dan Johor sebanyak 362 kes.
“Terdapat pertambahan tujuh kes kematian pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 501 kes,” katanya.
Sementara itu, sehingga kini terdapat 240 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), 93 kes memerlukan bantuan pernafasan. – Malaysiapost

