Tanah runtuh: 2 daerah di Sarawak bergelap

0
2

DUA daerah di bahagian selatan Sarawak berhampiran sempadan Malaysia-Indonesia bergelap, selepas dua kejadian tanah runtuh mengakibatkan bekalan elektrik terputus.

Syarikat pembekal tenaga elektrik milik kerajaan negeri, Sarawak Energy Berhad (SEB) dalam kenyataan malam tadi, memaklumkan pasukan teknikal dikerah menjalankan kerja pembaikan di dua talian bekalan elektrik di antara daerah Bau dan Lundu yang rosak akibat tanah runtuh.

“Dua talian atas 33kV (Kilovolt) tersangkut akibat kejadian tanah runtuh yang merosakkan tiang elekrtik dan menyebabkan kerosakan kabel bawah tanah kerana hakisan tanah,” menurut kenyataan itu.

Talian pertama dilaporkan terputus pada jam 11.30 malam Rabu, 13 Januari dan SEB dengan serta-merta mengerahkan pasukan pasukan operasinya menilai kesan tanah runtuh pada tiang yang tumbang.

“Usaha pembaikan terjejas disebabkan keadaan tidak selamat susulan tanah runtuh dan kawasan terjejas akibat banjir,” menurut kenyataan itu.

Talian kedua terputus pada jam10.45 pagi tadi selepas satu lagi kejadian tanah runtuh yang memusnahkan kabel bawah tanah.

“Usaha pemulihan hanya akan dilakukan selepas kawasan itu dibersihkan dan selamat untuk kerja pembaikan,” katanya.

Pengurus Wilayah Barat SEB, Choo Min Chong dalam kenyataan itu berkata, pasukan pemulihan berusaha memperbaiki tiang patah di talian pertama, yang dijangka siap malam ini.

“Pergerakan tanah dan keadaan cuaca buruk menjejaskan kerja pemulihan yang selamat dan cepat. Kami memaklumkan situasi terkini kepada pelanggan terjejas dan amat menghargai mereka yang faham keadaan pada masa ini.

“Kami memberi jaminan bahawa kami sedang melakukan yang terbaik untuk memulihkan bekalan elektrik dengan selamat secepat mungkin,” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here