Mangsa banjir di Pahang menurun kepada 5,752 pagi ini

0
2
KUANTAN, 6 Jan -- Beberapa pemuda Kampung Bukit Kuin menyediakan perkhidmatan pengangkutan kepada penduduk yang terputus hubungan setelah jalan utama ke kampung itu ditenggelami banjir, hari ini. Sebuah bot gentian kaca disediakan bagi memudahkan penduduk meneruskan rutin harian mereka termasuk ulang alik bekerja, mendapatkan barangan keperluan ketika musim banjir selain melakukan urusan penting di pusat bandar Kuantan yang terletak 15 kilometer dari kampung itu. Penumpang dikenakan tambang RM5 seorang bagi perjalanan sehala meredah banjir sejauh 800 meter. Jalan itu ditenggelami banjir sedalam tujuh meter ekoran limpahan air Sungai Riau berdekatan sejak Ahad lepas. Sebagai langkah keselamatan penumpang diwajibkan memakai jaket keselamatan yang disediakan dan operasi bermula 7 pagi sehingga jam 7 petang. Beberapa penduduk yang ditemui melahirkan rasa gembira dengan usaha yang dilakukan tujuh pemuda terbabit dan berharap ia dapat diteruskan setiap kali musim banjir. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

MANGSA banjir di Pahang semakin berkurangan kepada 5,751 orang daripada 1,599 keluarga di pusat pemindahan sementara (PPS) di lima daerah, jam 8.30 pagi ini.

Menerusi portal info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), mangsa banjir pagi ini berkurang berbanding petang semalam yang merekodkan 6,444 orang daripada 1,776 keluarga yang ditempatkan di 86 PPS.

Berdasarkan rekod, Pekan mencatatkan jumlah paling ramai iaitu 2,928 mangsa daripada 832 keluarga diikuti Maran dengan 1,337 orang (388 keluarga) dan Kuantan seramai 849 orang (195 keluarga).

Di Temerloh pula membabitkan 392 mangsa daripada 117 keluarga dan Bera 245 orang (67 keluarga).

Sementara itu, laporan infobanjir.water.gov.my turut memaklumkan dua sungai masih melepasi paras bahaya iaitu Sungai Jelai, Jeram Bungor, Lipis dan Sungai Pahang di Serambi (Paloh Hinai), Pekan.

Manakala, Sungai Pahang di Lubuk Paku, Maran pula melepasi paras amaran.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan notis angin kencang timur laut melebihi 60 kilometer sejam dengan ombak setinggi melebihi 4.5 meter dijangka berlaku di perairan Pahang, hari ini. -Malaysiapost

Foto: Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here