Benarkan berniaga atau kumpul depan pejabat PM

0
1

PENIAGA pasar malam akan berkumpul di depan Pejabat Perdana Menteri jika tidak dibenarkan berniaga.

Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Mohd Ridzuan Abdullah berkata gesaan itu bagi meminta kerajaan membenarkan golongan peniaga pasar malam meneruskan operasi sepanjang perintah kawalan pergerakan (PKP).

Katanya, dia menjangkakan PKP akan berlanjutan lebih lama daripada tempoh dua minggu, sedangkan peniaga pasar malam yang tidak memperoleh pendapatan tinggi pasti terkesan jika terus tidak dibenarkan berniaga.

“Kita akan tunggu keputusan kerajaan pusat macam mana, sama ada peniaga pasar malam boleh meniaga atau pun tak boleh.

“Kalau PKP dilanjutkan sehingga bulan Mac, sekiranya mereka (peniaga) tak dapat berniaga, kita akan ramai-ramai tunggu depan Pejabat Perdana Menteri. Kita mintalah apa yang kita nak minta.

“Sebab waktu pilihan raya mereka minta undi kita, kita dah bagi. Jadi hari ini kita nak minta dari kerajaan, apa yang boleh bantu kita,” katanya seperti dilapor Malaysiakini.

Ridzuan berkata sekiranya peniaga pasar malam termasuk bazar malam -memang tidak dibenarkan menjalankan perniagaan sepanjang PKP, beliau mencadangkan kerajaan memberikan pampasan buat mereka yang kehilangan punca pendapatan.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Peniaga-peniaga Kecil Selangor, Nozhar Che Nor mencadangkan prosedur operasi standard (SOP) sama seperti PKP kali pertama dahulu diguna pakai kali ini.

Katanya, penyelaras dan peniaga pasar malam berjaya mematuhi SOP seperti mengasingkan jalan keluar dan masuk, memeriksa suhu, memastikan pemakaian pelitup muka dan pensanitasi tangan sehingga tidak ada kluster pasar malam tercetus dalam jangkitan Covid-19.-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here