12 orang dibenarkan berjemaah di Kelantan mulai esok

0
1

HANYA 12 jemaah dibenarkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) untuk solat fardu lima waktu dan solat Jumaat di masjid di seluruh negeri itu mulai esok.

Arahan itu dikeluarkan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di Kelantan bermula 16 hingga 26 Januari ini.

Yang Dipertua Maik, Tan Sri Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, bilangan jemaah itu terdiri daripada imam tua, imam muda, bilal, siak dan ahli jawatankuasa masjid.

Katanya, bagi surau dan musala, bilangan jemaah dibenarkan tidak melebihi lima orang yang terdiri daripada imam, bilal dan tiga orang ahli jemaah sahaja.

“Ahli jawatankuasa yang berusia 70 tahun ke atas tidak dibenarkan hadir.

“Selain itu, pihak masjid perlu memastikan khutbah dan solat Jumaat diselesaikan dalam tempoh 20 minit selepas azan Jumaat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pemakluman itu telah mendapat perkenan dari Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V sebagai Ketua Agama Negeri mengikut peruntukan Perkara 6(1) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan.

Katanya, baginda telah memperkenan agar pelaksanaan solat fardu lima waktu dan solat Jumaat dilaksanakan secara terkawal sebagai langkah membendung penularan wabak Covid-19 di Kelantan.

“Pihak pengurusan masjid perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dan tindakan sewajarnya akan diambil sekiranya kegagalan untuk mematuhinya,” katanya.-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here