Ku Li pula positif Covid-19

0
1

AHLI Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, 84, disahkan positif Covid-19 dan kini menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). 

Menurut sumber seperti dilaporkan Astro Awani berkata, Pengerusi Jemaah Penasihat Umno itu berada dalam keadaan sihat dan stabil serta tidak mengalami sebarang komplikasi. 

Difahamkan, Tengku Razaleigh adalah kontak rapat kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Nenggiri, Ab Aziz Yusoff yang disahkan positif Covid-19 baru-baru ini. 

“Tengku Razaleigh menjalani ujian saringan baru-baru ini dan keputusannya disahkan positif. Beliau kini di PPUM dan berada dalam keadaan stabil. 

“Beliau kontak rapat Adun Nenggiri, Ab Aziz Yussof yang disahkan positif baru-baru ini,” kata sumber tersebut. 

Pada 9 Januari lalu, Adun Nenggiri dan Ketua Pemuda Umno Gua Musang, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani disahkan positif Covid-19. 

Sebelum ini, pegawai khas Tengku Razaleigh, Lokman Abdul Ghani juga disahkan positif dan menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL). – Malaysiapost 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here