Ingkar PKPP: 253 ditahan

0
1

Nilam Oshman

SERAMAI 253 individu ditahan atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata daripada jumlah itu seramai 252 individu dikompaun manakala seorang direman.

“Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk tidak memakai pelitup muka (115), gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (88) dan premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (23).

“Manakala aktiviti pusat hiburan (16) dan gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (11),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, Ops Benteng semalam berjaya menahan 18 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan tiga tekong, serta merampas tujuh buah kenderaan darat. Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here