Muhyiddin sekali lagi kecewakan rakyat – Guan Eng

0
2

PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin sekali lagi mengecewakan rakyat Malaysia dengan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tanpa pakej bantuan kepada rakyat serta ketidakcekapan untuk langkah pelaksanaannya.

Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengumumkan PKP tanpa pakej rangsangan ekonomi bernilai RM45 bilion untuk meringankan beban rakyat dan perniagaan yang mengalami kesan buruk ekonomi.

“Jangan lupa bahawa kadar pengangguran meningkat 0.1% dari 4.7% kepada 4.8% pada November 2020 semasa PKP Bersyarat dan PKP Pemulihan ketika itu,” katanya menerusi kenyataan malam tadi.

Ahli Parlimen Bagan itu berkata Muhyiddin juga menunjukkan ketidakcekapan dalam menangguhkan pengumuman prosedur operasi standard (SOP) untuk PKP sehingga jam 5 petang esok ketika PKP akan bermula pada tengah malam.

“(Selain itu) Kegagalan menyokong wira barisan hadapan dengan melaksanakan saringan, pengesanan dan rawatan (3Ts) yang komprehensif bagi meningkatkan sistem penyampaian kesihatan untuk menumpaskan Covid-19.

“Kami mahu bekerjasama demi mengalahkan Covid-19 tetapi para menteri perlu sedar diri dan bekerja keras,” katanya.

Semalam, Muhyiddin mengumumkan PKP di enam negeri iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya), Melaka, Johor, Pulau Pinang dan Sabah bermula esok hingga 26 Januari. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here