6 tahun jadikan hospital macam rumah sendiri

0
2

SEBUAH keluarga menjadikan hospital di bandar Beijing sebagai rumah sendiri sejak enam tahun lalu sebelum diarahkan keluar.

Menerusi laporan portal Odditycentral.com, kisah tiga beranak itu menjadi perhatian selepas enggan keluar kerana tidak mahu membayar kos perubatan.

Semuanya bermula apabila lelaki dikenali sebagai Tian mendapatkan rawatan di hospital berkenaan pada 2014 kerana mengalami sakit perut dan muntah.

Dia kemudian menerima rawatan selama dua bulan di hospital itu sebelum disahkan sembuh dan dibenarkan keluar.

Namun, Tian terkejut selepas mendapati kos rawatannya mencecah 1.26 juta yuan (kira-kira RM785,000) oleh pengurusan hospital, lapor Agensi.

Dia melakukan protes dan membawa ibu bapanya untuk terus menetap di hospital berkenaan selama enam tahun.

Malah, lelaki itu mengubah dekorasi bilik wad seperti rumah dengan meletakkan makanan dan barangan peribadi mereka.

Mereka turut menyambut Tahun Baharu Cina di hospital walaupun secara tradisi disambut bersama keluarga di rumah.

Walaupun pelbagai cara dilakukan pengurusan hospital, keluarga berkenaan enggan keluar.

Buntu dengan kedegilan lelaki itu, pengurusan hospital bersetuju agar tiada bayaran dikenakan untuk rawatan seperti dituntut sebelum ini dan hanya mahu mereka keluar. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here